Kelebihan & Kekurangan Hibah Takaful: Review Jujur Dari Raff

Raff takkan sugar-coat. Hibah takaful ada kelebihan — dan ada kekurangan jugak.

Sebelum buat keputusan, kena tahu dua-dua. Fair kan?

Kelebihan Hibah Takaful

1. Wang Dibayar Cepat — 14-21 Hari

Keluarga dapat sokongan kewangan segera. Sementara proses pusaka berjalan dengan tenang, mereka dah ada dana untuk cover keperluan harian.

2. Pelengkap Faraid Yang Sempurna

Hibah takaful bukan ganti faraid. Ia LENGKAPKAN faraid. Faraid uruskan pembahagian harta yang adil, hibah takaful pastikan keluarga ada sokongan segera.

3. Dilindungi IFSA 2013

Hak penama terjamin. Wang terus kepada orang yang kita namakan.

4. Bebas Pilih Penerima

Boleh namakan sesiapa — termasuk bukan waris. Anak angkat, kawan rapat, sesiapa.

5. Pelepasan Cukai LHDN

Sehingga RM3,000 setahun. Lindungi keluarga + jimat cukai.

6. Patuh Syariah 100%

Diluluskan Majlis Penasihat Syariah BNM. Tenang hati.

Kekurangan Hibah Takaful

1. Caruman Perlu Dibayar Konsisten

Kalau stop bayar, coverage boleh terjejas atau lapse. Kena pastikan kita mampu commit.

2. Kos Meningkat Dengan Umur

Lagi tua kita start, lagi mahal. Sebab tu jangan tunggu.

3. Ada Waiting Period

Sesetengah pelan ada waiting period (biasanya 1-2 tahun) untuk kes bunuh diri atau keadaan tertentu.

4. Coverage Ada Had

Bergantung pada pelan dan syarikat, ada maximum coverage yang dibenarkan.

5. Bukan Pengganti Simpanan

Hibah takaful adalah perlindungan, bukan pelaburan. Jangan harap return. Tujuannya lindungi keluarga.

Verdict Raff: Plan Hibah Takaful Terbaik

Kelebihan JAUH melebihi kekurangan.

Kekurangan yang ada pun boleh diurus kalau kita plan dengan betul.

Start muda, bayar consistently, dan biar Raff design pakej yang fit — tu je yang perlu.

WhatsApp Raff. Kita discuss untuk situasi kita.

Nak Tahu Lebih Lanjut? WhatsApp Raff Sekarang

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *