“Berapa harga hibah takaful?”
Ni soalan #1 yang semua orang tanya.
Dan jawapannya — bergantung. Tapi jangan risau, Raff breakdown kan supaya kita boleh pilih plan hibah takaful terbaik dengan gambaran kasar sebelum buat keputusan.
Faktor Yang Tentukan Harga Hibah Takaful
Harga caruman kita bergantung pada 4 benda utama:
- Umur — lagi muda, lagi murah. Start umur 25 vs 45? Beza boleh sampai 3x ganda.
- Jumlah perlindungan — nak coverage RM100k atau RM500k? Lagi tinggi coverage, lagi tinggi caruman.
- Status kesihatan — ada diabetes? Darah tinggi? Sesetengah syarikat kenakan loading (bayar lebih) atau exclude condition.
- Syarikat takaful — setiap syarikat ada pricing sendiri. Sebab tu WAJIB bandingkan.
Panduan Harga Mengikut Umur — 2026
Ni range kasar berdasarkan pelan dari 9 syarikat takaful yang Raff handle:
Umur 20-25 tahun
Coverage RM100k: RM25-40/bulan
Coverage RM200k: RM45-70/bulan
Coverage RM300k: RM65-100/bulan
Ni golden age. Caruman paling murah. Kalau boleh, START SEKARANG.
Umur 26-30 tahun
Coverage RM100k: RM30-55/bulan
Coverage RM200k: RM55-90/bulan
Coverage RM300k: RM80-130/bulan
Masih murah. Ramai yang start kat range ni — baru kahwin, baru ada anak pertama.
Umur 31-40 tahun
Coverage RM100k: RM50-100/bulan
Coverage RM200k: RM90-170/bulan
Coverage RM300k: RM130-250/bulan
Nampak tak? Dah mula mahal sikit. Tapi masih affordable kalau kita design pakej yang betul.
Umur 41-50 tahun
Coverage RM100k: RM90-180/bulan
Coverage RM200k: RM160-300/bulan
Coverage RM300k: RM240-450/bulan
Kat sini caruman dah naik banyak. Sebab tu jangan tangguh — setiap tahun harga naik.
Umur 51-60 tahun
Coverage RM100k: RM180-350/bulan
Coverage RM200k: RM300-550/bulan
Masih boleh apply. Tapi caruman dah tinggi. Sesetengah syarikat ada had umur 55-60 tahun.
Kenapa Harga Beza Antara Syarikat?
Sebab setiap syarikat takaful ada:
- Model underwriting berbeza — cara mereka assess risiko tak sama
- Product features berbeza — ada yang include rider, ada yang basic
- Tabung takaful berbeza — saiz dana dan prestasi pelaburan affect harga
Sebab tu Raff WAJIB bandingkan dari semua 9 syarikat. Kadang-kadang beza boleh sampai 30-40% untuk coverage yang sama.
Tips Raff: Macam Mana Nak Dapat Plan Hibah Takaful Terbaik Dengan Harga Terbaik
- Start muda — setiap tahun kita tunggu, harga naik.
- Jaga kesihatan — BMI tinggi, perokok, diabetes = premium lebih mahal.
- Bandingkan — jangan terus sign up syarikat pertama. Compare dulu.
- Design pakej — kadang-kadang gabung hibah + medical card lebih berbaloi dari beli separate.
- Tanya Raff — Raff dah handle ratusan case. Raff tahu mana yang fit.
Nak Quotation Tepat? WhatsApp Raff
Harga kat atas tu panduan je. Plan hibah takaful terbaik untuk kita bergantung pada profil kita.
WhatsApp Raff — bagi umur, bajet, dan keperluan. Raff quotation-kan dari semua 9 syarikat takaful dalam 24 jam.
Percuma. Tiada komitmen.