Hibah Takaful Untuk Anak Bawah Umur: Panduan Lengkap

Anak-anak kita — sebab utama kita nak ada hibah takaful.

Tapi kalau anak masih kecil, macam mana? Boleh ke namakan anak bawah umur sebagai penama?

Boleh. Tapi ada benda penting yang kita kena tahu.

Boleh Ke Namakan Anak Bawah 18 Tahun?

Boleh. Kita boleh namakan sesiapa je sebagai penama — termasuk anak bawah umur.

TAPI — sebab anak belum cukup umur, kita perlu lantik PEMEGANG AMANAH (trustee) yang akan terima dan uruskan wang tersebut sehingga anak cukup umur.

Siapa Boleh Jadi Pemegang Amanah?

  • Pasangan kita — isteri/suami. Paling common.
  • Ahli keluarga — mak ayah kita, adik-beradik.
  • Syarikat amanah — AmanahRaya, CIMB Trustee, dll.

Pilih orang yang kita TRUST sepenuhnya. Mereka yang akan uruskan wang tu untuk anak kita.

Macam Mana Proses Tuntutan?

  1. Kita meninggal dunia.
  2. Penama (anak) layak terima wang hibah takaful.
  3. Sebab anak bawah umur, wang diterima oleh pemegang amanah.
  4. Pemegang amanah guna wang untuk keperluan anak — sekolah, sara hidup, dll.
  5. Bila anak cukup umur (18), wang/baki diserahkan sepenuhnya.

Tips Raff

  • Lantik pemegang amanah lebih dari satu — backup kalau yang pertama tak boleh.
  • Consider syarikat amanah — lebih formal dan terkawal.
  • Review bila anak dah besar — tukar penama atau update arahan.
  • Coverage cukup untuk anak — kira sampai anak habis belajar (umur 23-25).

WhatsApp Raff

Nak setup hibah takaful untuk anak? Raff guide kita — dari pilih pelan sampai lantik pemegang amanah.

Nak Tahu Lebih Lanjut? WhatsApp Raff Sekarang

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *